Ahad, 21 Jun 2009

VCO, apa itu?


VCO adalah singkatan kata Virgin Coconut Oil atau di Malaysia ia dikenali sebagai minyak kelapa dara manakala di Indonesia ia dikenali sebagai minyak kelapa murini. VCO ini asalnya dimajukan oleh orang-orang Filipina. Mereka mempunyai tradisi membuat VCO yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka. Filipina sememangnya sebuah negara yang kaya dengan kelapa. Namun begitu hari ini Indonesia dikenali sebagai negara yang paling banyak pohon kelapa di dunia. Ini disebabkan keluasan negaranya, jauh lebih luas daripada Filipina. Tradisi membuat VCO adalah dengan cara lama, cara biotek menggunakan kaedah mudah tanpa teknologi moden.

Tradisi ini kemudiannya berpindah ke negara lain, terutama negara jiran berdekatan. Indonesia kini begitu giat memajukan teknologi membuat VCO. Saintis di sana mencipta pelbagai kaedah dan cara membuatnya. Sungguhpun kaedah biotek masih menjadi asas, tetapi mereka sudah bereksperimen mencipta lima enam cara membuatnya. Masing-mswing cara ada kelebihan dan ada kelemhannya. Di samping itu penggunaan mesin-mesin canggih juga turut digunakan dalam pembuatannya. Kini Malaysia sudah mula mengikuti jejak Indonesia dan Filipina. Malangnya Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan bekalan kelapa dan harga buah kelapa juga mahal. Maka ia akan menghadapi masalah kos pembuatan yang tinggi dan tidak mampu bersaing dengan Filipina atau Indonesia. Indonesianampaknya berpotensi untuk maju dalam industri VCO, kerana a mempunyai sumber kelapa yang banyak di samping murah. Ia juga membupnyai daya saing tinggi dengan kos pengeluaran dan tenaga buruh yang murah.

VCO adalah produk biotek daripada buah kelapa segar yang benar-benar masak (kelapa tua yang mencapai usia 12 bulan). Ia dijadikan santan melalui proses biasa, kemudian ia melalui proses mendapatkan minyak VCO tanpa dimasak atau tnpa menggunakan haba. Proses inilah yang disebut sebagai dara atau virgin kerana ia tidak melalui proses pemanasan sebagaimana orang membuat minyak masak.

Apa manfaatnya? kajian saintis moden di Barat telah membuka mata semua orang termasuk orang-orang di Asia (khususnya orang Malaysia) terhadap kelebihan dan keistimewaan minyak kelapa dara atau VCO ini. Salah satu bahan aktif yang begitu menonjol ialah Asid Laurik di dalamnya. Asik Laurik adalah lemak istimewa iaitu lemak rantai sederhana (MCFA). Lemak ini sangat baik untuk proses metabolik tubuh. Ia bukan lemak biasa maka ia tidak menyebabkan peningkatan kolesterol. Sebaliknya ia dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol. Di samping itu MCFA bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus. Oleh itu ia sangat baik digunakan dalam perawatan gejala penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria atau fungus. Ini terbukti melalui penggunaan klinikal di Filipina dan juga di Malaysia.


Di Malaysia Dr Julidar Alias, pemilik Pusat Perubatan Julia di Kajang telah menemui pelbagai keistimewaan VCO dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria atau fungus. Beliau sendiri mengasaskan produk VCO berjenama Tropicocos, yang kini dipasarkan oleh syarikat Hi-Bloom Worldwide Network Sdn. Bhd. (milik beliau sendiri).

Secara klinikal, beliau melihat bagai VCO digunakan untuk merawat pelbagai gejala penyakit. Penyakit-penyakit disebabkan oleh fungus seperti penyakit kulit dapat dipulihkan dengan minum dan menyapu VCO di bahagian luar. Gejala penyakit kulit seperti kudis, kurap, kayap (herpes), ekzema, psoriasis dapat dirawat menggunakan VCO Tropicocos. Begitu juga dengan penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, gastrik, sembelit dan lain-lain.

VCO sangat baik digunakan bagi menurunkan berat badan kerana ia mempunyai kelebihan untuk memecahkan lemak dan mebuang sisa toksid dalam tubuh. Ia berfungsi membersihkan usus. Pertama kali menggunakannya (diminum secara teratur, dua sudu besar sehari) akan menjadikan seseorang membuang air dengan lebih kerap, untuk beberapa hari. Proses ini dapat membuang segala sisa lemak tak berguna dan juga sisa toksid dalam perut. Proses ini akan berakhir dalam masa beberapa hari. Dengan terus mengunakannya, pengguna akan berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. Kurang lapar akan menyebabkan seseorang itu kurang mengambil makanan. Beginilah proses metabolik tubuh terjadi apabila mengambil VCO secara teratur. Akkhirnya seseorang itu tidak lagi dapat mengambil makanan berlebihan kerana dengan sedikit makanan, ia sudah merasa kenyang. Proses berat badan akan menurun dalam tempoh waktu tertentu. Ianya pasti selamat kerana ia bersifat natural. Ia lebih baik daripada menggunakan pelbagai kaedah menurunkan berat badan yang terpaksa melalui cara-cara menyiksa diri.


a href="http://4.bp.blogspot.com/_gSOhxJwuCbM/Sj8gT41b3yI/AAAAAAAAAE0/E2uTxaR8NKE/s1600-h/SDC10224+(2).JPG">
Kelapa, sumber VCO.

(rencana disediakan oleh Afifi Ahmad, penulis buku Kelebihan Dan Manfaat VCO:)

Tiada ulasan:

Catat Komen